Sunday, July 23, 2017

5 Makanan Yang Baik Untuk Hormon

Hormon yang seimbang akan menjamin kehidupan yang sihat. Hormon mempunyai kesan yang besar kepada kesihatan kita dan apabila hormon kita tidak seimbang, kita akan merasa tidak berapa baik. Tanda hormon kita tidak seimbang adalah lemah tenaga, libido, cepat marah, berat badan bertambah, jerawat dan kebimbangan. Oleh itu, Jelita senaraikan lima makanan yang boleh anda amalkan untuk pastikan hormon anda seimbang.

Sayuran
Sayurn seperti brokoli, kubis dan tauge mengandungi bahan yang diperlukan untuk proses detoksifikasi estorgen dalam badan anda.

Kacang Brazil
Kacang Brazik mengandungi selenium yang menjadi elemen penting untuk kesuburan dan juga membantu untuk memperbaiki fungsi kelenjar tiroid  ke tahap yang lebih optimum.

Rumpai Laut
rumpai laut dan beberapa jenis garam adalah sumber iodin yang paling baik untuk badan anda.  Iodin adalah penting untuk pembentukkan hormon tioid dan juga mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dalam ovari dan payudara di mana ia menggalakkan metabolisme estrogen yang betul dan membantu membawa reseptor hormon ke seluruh badan supaya hormon dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan.

Makanan Tambahan Yang Mengandungi Selenium Dan Iodin
Makanan yang kita ambil mungkin mempunyai tahap selenium dan iodin yang rendah atau tidak wujud langsung. Jadi anda perlu menambah nutrien ini dengan makanan tambahan yang mengandungi dua nutrien penting ini untuk mengimbangi hormon anda.

Ikan Berminyak
Jenis ikan seperti salmon liar atau sardin serta kekacang seperti flaxseeds, biji chia, pecans dan walnut adalah sumber terbaik untuk nutrien omega 3 iaitu asid lemak yang amat diperlukan di dalam badan. Ia diperlukan untuk pengeluaran hormon yang sihat.

Tumbuhan Berwarna-warni
Amalkan pemakanan tumbuhan yang berwarna-warni dan beri seperi beri biru atau hitam. Semua kumpulan makanan kaya dengan antioksidan unik mereka yang tersendiri. Antioksidan yang terkandung dalam tumbuhan ini berkesan untuk mengurangkan tahap stress. Sayuran berdaun hijau pula kaya dengan magnesium yang penting untuk pertumbuhan tisu payudara yang sihat cantik.

 

No comments:

Post a Comment